LUASNYA
NERAKA!!!
Yazid
Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya,
maka
ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di
saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu
nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg
ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang
di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan
pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki
dan perempuan."
Nabi
s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak
perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70
kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya
Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab
Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang
shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya
dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama
Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada
Rasulullah
s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk
pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg
berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya
sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian
nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab
"Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari
Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah
kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1.
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2.
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3.
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4.
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5.
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6.
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7.
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8.
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9.
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10.
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .
Mudah-mudahan
dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran
Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah
dan dilaknat oleh sekalian makhluk.